PROPAGANDA ?

Assalamualaikum wbt.

Sesetengah daripada kita mungkin tahu soalan menguji minda ini. Ia adalah modul soalan ujian kecerdasan minda untuk kanak-kanak sekolah rendah.

1. Bagaimana untuk masukkan gajah ke dalam peti sejuk?
Jawapan salah: Cikgu, gajah tu besar, tak boleh masukkan dalam peti sejuk yang kecil. (Mula memberi alasan) (Dalam soalan tidak diberitahu saiz sebenar peti sejuk, ia boleh jadi sebesar kapal kontena, juga tidak diberitahu mengenai kekuatan sebenar anda untuk mengangkat gajah itu).
Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, ambil gajah, masukkan gajah dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk.

2. Bagaimana hendak masukkan kuda pula dalam peti sejuk?
Jawapan salah: Buka pintu peti sejuk, ambil kuda, masukkan kuda dalam peti sejuk dan tutup pintu peti sejuk. (murid yang memberi alasan tadi cuba meniru jawapan pertama).
Jawapan betul: Buka pintu peti sejuk, keluarkan gajah yang sudah beku, letak di atas lantai, pastikan peti sejuk benar-benar kosong, ambil kuda, masukkan kuda dan tutup pintu peti sejuk.

3. Bagaimana masukkan peti sejuk ke atas lori? (Dalam soalan, saiz lori jugak tidak diberitahu sebagaimana saiz peti sejuk tadi)
Jawapan: Tutup suis peti sejuk, cabut wayar plug, gulung wayar dan ikat, buka pintu peti sejuk, keluarkan kuda yang sudah beku, tutup pintu peti sejuk, tinggalkan sekejap. Buka dinding belakang (koc muatan) lori, biar sekejap. Angkat peti sejuk, letak atas (koc) lori, tutup pintu (koc) lori. (Jawapan diberi mengikut turutan prosedur pelaksanaan).

Banyak lagi soalan berkait dengan set soalan-soalan di atas dan tidak perlu dipanjangkan soalan-soalan itu semua. Mari kita serius dan jangan buat lawak.. : )

Untuk apa diberi soalan untuk kanak-kanak seperti di atas itu? Jika anda fikir ia senang dilakukan dengan mengangkat gajah untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk, maka ia jadi senang tanpa sebarang masalah atau sebaliknya, kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat gajah yang besar itu terletak kepada kekuatan minda yang ingin serius melakukannya. Tidak pernah memikirkan masalah, sebaliknya minda sentiasa memikirkan cara.

Tapi apa pula motifnya dalam artikel kali ini? Perhatikan ayat-ayat yang ditandakan bold, kita boleh belajar sesuatu daripadanya dan ada persamaan dengan apa yang mahu diberitahu di sini.

Kita sedang melalui situasi itu sekarang ini. Minda manusia dimasukkan pelbagai maklumat (idealisme) serta tanggapan atau mind-set, kemudian dibiarkan menguasai pemikiran buat beberapa tempoh sehingga tidak boleh diterima lagi oleh norma-norma kemanusiaan semasa (menjadi beku), selepas itu tanggapan yang beku itu dikeluarkan, dimasukkan pula tanggapan atau mind-set yang baru, kemudian tanggapan baru itu pula berakhir lagi dengan menjadi beku, kemudian dikeluarkan daripada minda dan dibiarkan kosong, diisi pula dengan idealisme baru, dikeluarkan pula apabila sudah beku, ia terus berulang dan berulang secara sistematik mengikut kemahuan orang yang mengaturkannya.

Minda tidak ubah menjadi seperti peti sejuk yang membekukan semua benda (termasuk kewajaran dan kewarasan) yang dimasukkan ke dalamnya secara paksaan atau sukarela, membeku apabila sampai waktu pembekuannya seperti yang dirancang. Menjadi beku. Apa semua ini? Keadaan itu secara gelagatnya (behavioural) agak menghampiri dengan taktik… BRAINWASHING PROPAGANDA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: